Gaji Messi paling lumayan

Lionel Messi
Lionel Messi
A
A
A

BINTANG Paris Saint Germain (PSG), Lionel Messi mengatasi pemain bola keranjang NBA, LeBron James dan Cristiano Ronaldo sebagai atlet yang dibayar paling lumayan pada tahun lepas.

Majalah Forbes dalam laporannya memberitahu, Messi memperoleh pendapatan keseluruhan AS$130 juta (RM569.8 juta) dalam tempoh 12 bulan berakhir 1 Mei 2022, untuk menduduki senarai 10 atlet dengan bayaran tertinggi selepas berada di kedudukan kedua tahun lepas di belakang peninju MMA dari Ireland, Conor McGregor.

Bintang Los Angeles Lakers, James menduduki tempat kedua dengan perolehan pendapatan AS$121 juta (RM530.3 juta), sekaligus memecahkan rekod AS$96.5 juta (RM422.9 juta) untuk pemain NBA yang diciptanya tahun lalu

Kapten Portugal, Ronaldo pula memperoleh AS$115 juta (RM504 juta) menduduki tempat ketiga selain pemain bola sepak Brazil, Neymar AS$95 juta (RM416.4 juta) dan juara NBA tiga kali, Stephen Curry AS$92.8 juta (RM406.7 juta) dari Golden State Warriors melengkapkan kedudukan lima teratas.

Pemain bola keranjang NBA Kevin Durant ($92 juta) berada di tempat keenam manakala pemain tenis Switzerland, Roger Federer, yang bermain lima kejohanan pada 2021 sebelum operasi lutut menyekat musimnya, berada di tempat ketiga dengan jumlah pendapatan AS$90.7 juta.

Tiga tempat terakhir dalam senarai itu dimenangi peninju Mexico, Canelo Alvarez (AS$90 juta), juara Super Bowl tujuh kali Tom Brady (AS$83.9 juta) dan Pemain Paling Bernilai Final NBA Giannis Antetokounmpo (AS$80.9 juta).

Forbes berkata, angka pendapatan di lapangan termasuk semua wang hadiah, gaji dan bonus yang diperoleh dalam tempoh 12 bulan manakala pendapatan di luar lapangan adalah anggaran tawaran penajaan, yuran penampilan dan pendapatan pelesenan.

Artikel Berkaitan: