X

Kindly register in order to view this article
!

Selasa | 05 Julai 2022

Tentera maut kereta langgar pokok

Seorang anggota tentera maut dalam kemalangan di Kilometer 42 jalan Kampung Kusial, Tanah Merah pada Rabu.
A
A

TANAH MERAH - Seorang anggota tentera maut selepas kereta yang dipandunya bertembung dengan sebuah lori dan kemudian terbabas lalu berpusing sebelum melanggar sebatang pokok di Kilometer 42 jalan Kampung Kusial di sini pada Rabu.

Dalam kejadian jam 8.40 pagi itu, mangsa Muhammad Asyraf Romli, 22, yang bertugas di Kem Tentera, Sibu, Sarawak meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.

Ketua Polis Daerah Tanah Merah, Superintendan Wan Zulfikri Wan Othman berkata, siasatan awal mendapati pemandu lori berusia 29 tahun itu datang dari Kampung Kusial Baru menghala ke Kampung Batu Hitam.

"Setiba di lokasi kejadian anggota tentera yang memandu kereta jenis Proton Wira yang datang dari arah bertentangan (arah Kampung Batu Hitam) telah hilang kawalan lalu terbabas ke bahu jalan sebelum menggelongsor semula ke atas jalan," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Rabu.

Beliau berkata, pemandu lori berkenaan kemudian telah cuba mengelak ke kanan dan terus bertembung dengan kereta dipandu mangsa.

Wan Zulfikri berkata, kesan perlanggaran itu menyebabkan kereta dipandu mangsa berpusing dan kemudian melanggar sebatang pokok.

"Siasatan lanjut berhubung kejadian masih dijalankan.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987," katanya.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!