Identiti pemandu rentung dikenal pasti

Sebuah Proton Persona yang terbakar dalam kemalangan di Kilometer 19.4 Lebuhraya Utara Selatan (arah selatan) di persimpangan Kampung Nongka pada Khamis.
Sebuah Proton Persona yang terbakar dalam kemalangan di Kilometer 19.4 Lebuhraya Utara Selatan (arah selatan) di persimpangan Kampung Nongka pada Khamis.
A
A
A

ALOR SETAR - Identiti pemandu Proton Persona yang rentung selepas terbabit kemalangan di Kilometer 19.4 Lebuhraya Utara Selatan (arah selatan) di persimpangan Kampung Nongka di sini, pada Khamis sudah dikenal pasti.

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Rodzi Abu Hassan berkata, mangsa dikenali sebagai Muhammad Akhimullah Amaran.

"Mangsa berusia 30 tahun dan bekerja sebagai penjaga stor.

"Mangsa beralamat di Taman Masmuda, Kangar, Perlis," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Dalam kejadian kira-kira jam 11.50 malam, Khamis lalu, seorang lelaki rentung selepas kereta Proton Persona yang dipandunya terbakar setelah terbabit kemalangan dengan kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Vellfire.

Pemandu Proton Persona berkenaan dipercayai tersepit dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.