X

Kindly register in order to view this article
!

Isnin | 04 Julai 2022

Lelaki rentung tersepit dalam kemalangan

Proton Persona yang terbakar dalam kemalangan di Kilometer 19.4 Lebuh Raya Utara Selatan (arah selatan) di persimpangan Kampung Nongka di sini pada Khamis malam.
A
A

KUBANG PASU - Seorang lelaki rentung selepas kereta Proton Persona yang dipandunya terbakar dalam satu kemalangan di Kilometer 19.4 Lebuh Raya Utara Selatan (arah selatan) di persimpangan Kampung Nongka di sini, pada Khamis malam.

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Rodzi Abu Hassan berkata, lelaki yang identitinya masih belum dikenalpasti itu tersepit dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Katanya, kemalangan berlaku kira-kira jam 11.50 malam membabitkan kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Vellfire yang dinaiki tujuh orang termasuk dua wanita dan seorang kanak-kanak perempuan lima tahun, manakala Proton Persona pula dinaiki seorang lelaki.

"Toyota Vellfire bergerak dari Kaki Bukit, Perlis menghala ke Selangor melalui jalan Kampung Napoh.

"Apabila sampai di lokasi kejadian, dia membelok ke kanan menghala ke Alor Setar dan tiba-tiba Proton Persona dari arah Changlun tidak sempat membrek lalu terlanggar tepi sebelah kiri kereta," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Keadaan kereta Toyota Vellfire yang dinaiki tujuh orang termasuk dua wanita dan seorang kanak-kanak perempuan lima tahun.
Keadaan kereta Toyota Vellfire yang dinaiki tujuh orang termasuk dua wanita dan seorang kanak-kanak perempuan lima tahun.

Menurutnya, akibat perlanggaran tersebut, Toyota Vellfire terbabit terbalik manakala Proton Persona terbabas ke kiri jalan dan terbakar.

"Penumpang yang cedera dihantar ke Hospital Jitra untuk menerima rawatan," katanya.

Rodzi menambah, polis telah merakam percakapan semua pihak terlibat dan sedang mengesan waris lelaki yang maut untuk membuat pengecaman ke atas mangsa.

"Polis juga masih mengesan saksi bebas yang menyaksikan kemalangan berlaku untuk melengkapkan kertas siasatan. Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ)," katanya.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!