KHM Foodies

No Image Caption
A
A
A

Pekerja KHM Foodies Sdn Bhd memastikan penghasilan biskut dilakukan dengan teliti ketika tinjauan fotoBernama di kilang tersebut di Bandar Baru Bangi.

Usahawan KHM Foodies Sdn Bhd, Wan Khairul Hakimin Wan Muhammad, 41, berjaya bangkit semula hanya dalam tempoh kira-kira tiga bulan, membuktikan di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Pengeluar produk makanan itu nyaris "bungkus” pada Disember 2021 selepas penemuan bubuk dalam kuih raya keluarannya namun pertemuan tidak diduga dengan Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holdings Bhd (Mydin) Datuk Dr Ameer Ali Mydin pada Januari lepas, mengubah nasib syarikat milik Wan Khairul Hakimin, KHM Foodies Sdn Bhd.

Menurut Wan Khairul Hakimin, antara biskut keluaran KHM Foodies yang dijual di Mydin ialah biskut cornflakes, oriyo, German cookies, almond london, tart nanas kopiah, biskut nestum chocolate chips dan biskut thumbprint strawberry yang dijual pada harga mampu milik iaitu RM12.90 sebalang. Wan Khairul Hakimin turut menjual biskutnya menerusi ejen serta terus dari kilang menggunakan jenama “one cookies" dan menurutnya, jenis biskut yang dijual oleh ejen tidak sama dengan di pasar raya bagi mengelakkan pertembungan pembelian. Antara biskut yang dijual menerusi ejen ialah mazola, American choc, peanut butter dan dahlia. Ini bagi menjaga kualiti jualan dan pendapatan untuk ejen yang selama ini setia dan menjual produk biskut ini.

Wan Khairul Hakimin berkata kini syarikatnya mengeluarkan antara 25,000 dan 30,000 balang sebulan untuk jualan sendiri dan ejen dan itu tidak termasuk yang dipasarkan oleh Mydin, tambah beliau lagi yang kini tidak menang tangan memenuhi permintaan. Biarpun perniagaannya kini hanya dikendalikan bersama 16 pekerja, Wan Khairul Hakimin yang mendapat sokongan penuh isteri Nurul Huda Abdul Wahab, 40, bersyukur kerana mempunyai 124 pekerja sambilan, kebanyakannya adalah lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang mencari pendapatan sampingan. Selain itu, perniagaannya juga dibantu kira-kira 21,000 ejen di seluruh negara yang sebahagian besarnya adalah ibu tunggal. - Foto Bernama

Artikel Disyorkan
No Image Caption
GALERI

Larian Bersama Bomba 2024

No Image Caption
GALERI

Karnival Agro Pelancongan Perak PAC 2024

No Image Caption
GALERI

Desaru Coast Sprint Triathlon

No Image Caption
GALERI

Istiadat Pertukaran Pengawal Istana Negara