Filem pendek ‘Chup! Raya Dulu!’ vivo bakal mencuit hati anda

A
A
A

Filem pendek ini mengisahkan sebuah keluarga kaya yang mula mengenali erti hidup bermasyarakat semasa sambutan Raya.
Filem pendek ini mengisahkan sebuah keluarga kaya yang mula mengenali erti hidup bermasyarakat semasa sambutan Raya.

KUALA LUMPUR – Sempena raya tahun ini, vivo Malaysia bekerjasama dengan Multimedia Production Film menerbitkan satu filem pendek bertajuk ‘Chup! Raya Dulu!’

Filem pendek ini mengisahkan sebuah keluarga kaya yang mula mengenali erti hidup bermasyarakat semasa sambutan Raya.

Video berdurasi 9 minit 33 saat ini dirakam sepenuhnya menggunakan vivo X80 Pro baharu, telefon pintar fotografi profesional dengan teknologi pengimejan mudah alih termaju hasil rekaan bersama ZEISS.

‘Chup! Raya Dulu!’ merupakan sebuah cereka yang berkisar pada kehidupan Kassim, seorang ahli perniagaan kaya bersama keluarganya di sebuah kampung, beberapa hari sebelum Hari Raya.

Kassim dan keluarganya yang sebelum ini suka menunjuk-nunjuk dan bermegah-megah dengan cerita rancangan percutian Hari Raya mereka ke Switzerland, akhirnya terpaksa tinggal di rumah dan berpura-pura sedang menikmati percutian yang digembar-gemburkan tersebut.

Filem arahan Ghaz Abu Bakar ini menyaksikan Kassim (lakonan Dato’ Afdlin Shauki), isterinya Zaleha (lakonan Diana Danielle) dan anak mereka, Kamil (lakonan Irfan) yang begitu bangga dengan rancangan percutian Hari Raya mereka sebelum pandemik melanda.

Difahamkan, filem ini bertujuan untuk menonjolkan kepentingan kehidupan bermasyarakat yang positif dan sokongan dalam masyarakat.

Ketua Pegawai Eksekutif vivo Malaysia berkata, Mike Xu, berkata, vivo berpegang kepada keteguhan perpaduan dan kerendahan hati.

“Ciri-ciri inilah yang dapat memajukan manusia tanpa mengira status atau latar belakang individu, oleh itu kami begitu teruja untuk turut serta dalam projek filem pendek ini, kerana nilai-nilai positif yang dibawakan akan menjadikan sambutan Hari Raya pada tahun ini lebih bermakna.

“Teknologi pengimejan termaju yang dibangunkan bersama ZEISS pada vivo X80 Pro merealisasikan slogan kami iaitu ‘Sinematik, Ditakrifkan Semula’ (‘Cinematics, Redefined’), di samping menyerlahkan filem pendek ini dan membantu menonjolkan keupayaan penggambaran telefon pintar tersebut,”katanya.

Menurutnya, proses penggambaran yang dijalankan dengan vivo X80 Pro telah merapatkan jurang antara kamera telefon pintar dan peranti filemografi profesional.

Sementara itu, pengarah filem pendek ini, Ghaz Abu Bakar, berkata, pengalaman mengarah ‘Chup! Raya Dulu!’ merupakan satu pengalaman yang menyeronokkan baginya.

“Setiap kali saya mengarah filem, tumpuan saya adalah untuk mewujudkan sinergi sinematik menerusi cahaya dan bayang-bayang dan imbangan antara kedua-dua elemen tersebut.

“Ini adalah bahasa sinematik saya dan bagi saya, merakam filem menggunakan vivo X80 Pro adalah amat mengujakan kerana ia membolehkan saya merakam cahaya dan bayang-bayang yang sesuai dengan begitu jelas.

“Saya harap filem ini dapat membawakan kegembiraan, humor dan pengajaran kepada semua rakyat Malaysia yang menontonnya, dan saya benar-benar mengharapkan mereka dapat merasai keseronokan menonton filem pendek ini sama seperti keseronokan yang saya rasakan semasa mengarahnya,”katanya.

Filem pendek ini juga menampilkan lagu tema bertajuk ‘Takbir Lebaran’, yang dinyanyikan oleh penyanyi terkemuka negara, Datuk Sri Siti Nurhaliza.

Melalui lagu ‘Nazam Lebaran’ dendangan Siti Nurhaliza, ia menggambarkan kisah dalam filem pendek ini, yang memberikan inspirasi kepada rakyat Malaysia untuk mengamalkan kehidupan bermasyarakat yang positif dan berkongsi kegembiraan menyambut raya bersama-sama.

Filem pendek ‘Chup! Raya Dulu!’ boleh ditonton di saluran rasmi vivo Malaysia di YouTube mulai 1 Mei 2022. Anda boleh menonton petikan filem tersebut di sini.