Ayam Pasu Klasik Johor resipi bapa jadi rebutan

Ayam Pasu Klasik Johor yang diusahakan Izul Fahmi Mohd Nazri, 27, setiap kali tibanya Ramadan.
Ayam Pasu Klasik Johor yang diusahakan Izul Fahmi Mohd Nazri, 27, setiap kali tibanya Ramadan.
A
A
A

PASIR GUDANG - Menggunakan resipi bapa yang diolah dengan rempah ratus asli dan terpilih untuk menghasilkan ayam pasu panggang menjadi keistimewaan Ayam Pasu Klasik Johor yang diusahakan Izul Fahmi Mohd Nazri, 27, setiap kali tibanya Ramadan.

Dia yang juga pemilik Segamat Stesen Kopitiam berkata, menu ayam pasu yang dihasilkannya itu merupakan antara juadah yang menjadi rebutan setiap kali bulan puasa.

"Resipi ayam pasu ini saya dapat daripada arwah bapa, Mohd Nazri Hussin, resipi menggunakan rempah ratus asli dan tempatan menjadikan rasa ayam pasu kami berbeza dengan yang lain.

"Biasa ayam akan diperap semalaman dengan rempah ratus sebelum dipanggang di dalam pasu," katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Izul Fahmi menunjukkan menu Ayam Pasu Klasik Johor iaitu antara juadah yang menjadi rebutan setiap kali tibanya Ramadan di Taman Rinting, Masai, Pasir Gudang
Izul Fahmi menunjukkan menu Ayam Pasu Klasik Johor iaitu antara juadah yang menjadi rebutan setiap kali tibanya Ramadan di Taman Rinting, Masai, Pasir Gudang

Dia membuka gerai jualan dan kopitiam di Taman Rinting, Masai di sini seawal pukul 10 pagi hingga lewat petang.

Menurutnya, ayam bakar menggunakan pasu berbeza dengan kaedah ayam golek atau ayam salai kerana isinya lebih lembut manakala aromanya juga lebih harum.

Jelasnya, ayam panggang dijual dengan harga RM25 bagi seekor ayam manakala RM13 untuk separuh.

Orang ramai yang ingin menikmati keenakan rasa ayam panggang tersebut boleh menghubungi Izul Fahmi menerusi talian 014-7760236.