X

Kindly register in order to view this article
!

Lagi comel, lagi mahal!

Muka depan akhbar Sinar Harian, hari ini.
A
A

PERSATUAN Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mendedahkan beberapa taktik digunakan ahli sindiket dalam kes penjualan bayi yang dikesan muncul semula sejak akhir-akhir ini selepas sindiket jual bayi pernah dilumpuhkan polis sekitar tahun 2016.

Bukan setakat beroperasi melalui sesebuah premis, urusan 'jual beli' anak angkat juga dikesan berlaku di media sosial apabila beberapa nama akaun kumpulan didapati menawarkan perkhidmatan memiliki anak angkat.

Selain akaun yang mudah diakses, ia juga secara jelas meletakkan jumlah bayaran sagu hati perlu dibayar oleh keluarga angkat dengan kadar minimum RM5,000.

Suraya (tengah) bersama dua gadis dipercayai mangsa sindiket penjualan bayi oleh sebuah rumah jagaan terletak di Selangor.
Suraya (tengah) bersama dua gadis dipercayai mangsa sindiket penjualan bayi oleh sebuah rumah jagaan terletak di Selangor.

Ketua Biro Wanita PPIM, Suraya Ali mendedahkan harga bayi ditetapkan paling kurang serendah RM5,000 dan boleh mencecah sehingga RM10,000 mengikut kategori comel seseorang bayi.

"Mereka sebenarnya nak anak angkat atau nak beli anak. Mana-mana pihak yang bagi duit untuk mendapatkan bayi walaupun kepada ibu-ibu (wanita melahirkan anak), itu sudah dianggap berlaku pemerdagangan orang.

ARTIKEL BERKAITAN: Sinar Harian bongkar sindiket jual bayi

"Boleh buat laporan kepada polis, boleh buat laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM)," katanya.

Menurutnya yang juga Pengasas Anak Kami berkata, ada pihak tidak bertanggungjawab menawarkan khidmat penjagaan kepada wanita yang hamil anak luar nikah, tetapi kemudian menjual bayi yang dilahirkan kepada pasangan lain.

"Mereka ini sindiket terancang yang tahu undang-undang dan licik. Sejak penghujung tahun lalu, PPIM menerima banyak kes membabitkan mangsa di sebuah rumah perlindungan.

"Mereka masuk ke rumah perlindungan berkenaan dengan bayaran RM500 sebulan. Tetapi selepas melahirkan anak dan ingin keluar bersama bayi, mereka diminta membayar RM4,000.

"Akibat tersepit tidak mempunyai wang, mangsa terpaksa menandatangani beberapa dokumen dan tidak lagi bertemu anak masing-masing kerana anak mereka diserahkan kepada keluarga angkat," katanya.

Salah sebuah di rumah penjagaan gadis hamil yang pernah didiami Siti Rohani dan Rozana.
Salah sebuah di rumah penjagaan gadis hamil yang pernah didiami Siti Rohani dan Rozana.

Menurut Suraya, orang ramai yang ingin mengambil anak angkat boleh menggunakan saluran seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) atau pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang tidak meletakkan bayaran seperti Anak Kami.