Empat terbunuh letupan dalam universiti di Karachi

Empat orang maut dan beberapa mangsa cedera dalam satu letupan di premis sebuah universiti di Karachi, Pakistan pada Selasa. - Foto The Capital Post
Empat orang maut dan beberapa mangsa cedera dalam satu letupan di premis sebuah universiti di Karachi, Pakistan pada Selasa. - Foto The Capital Post
A
A
A

ISLAMABAD - Empat orang maut dan beberapa mangsa cedera dalam satu letupan di premis sebuah universiti di Karachi, Pakistan pada Selasa, memetik laporan tempatan.

Sebuah van yang diletakkan di premis universiti tiba-tiba meletup dan terbakar, lapor Xinhua.

Jenis bahan letupan belum dapat dipastikan lagi dan polis memanggil skuad pemusnah bom untuk menentukan sama ada kejadian itu adalah serangan pengganas.

Mangsa yang cedera dihantar ke hospital dan identiti mereka belum dapat disahkan. - Bernama