Kerajaan akan umum kelonggaran tiga SOP utama

Ismail Sabri pada sidang akhbar selepas melawat sebuah pusat jagaan kanak-kanak di Seremban.
Ismail Sabri pada sidang akhbar selepas melawat sebuah pusat jagaan kanak-kanak di Seremban.
A
A
A

SEREMBAN - Kerajaan akan mengumumkan kelonggaran tiga prosedur operasi standard (SOP) utama yang diguna pakai sejak negara dilanda Covid-19.

Ia melibatkan pemakaian pelitup muka di tempat awam, mengimbas kod QR MySejahtera dan keperluan menjalani Ujian Rapid Antigen (RTK-Ag) di lapangan terbang.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, tiga perkara itu sedang dibincangkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan akan diumumkan selepas meneliti kebaikan dan keburukannya.

"Saya tak pasti bila ia akan diumumkan tapi KKM sedang berbincang, bermesyuarat tentang pelitup muka, MySejahtera dan sama ada perlu melakukan ujian PCR-RTK sebaik tiba di lapangan terbang.