Ronaldo kehilangan bayi kembar lelaki

Ronaldo dan pasangannya, Georgina Rodriguez.
Ronaldo dan pasangannya, Georgina Rodriguez.
A
A
A

CRISTIANO Ronaldo dan pasangannya, Georgina Rodriguez kini sedang berkabung selepas kematian salah seorang anak kembar mereka yang baru lahir.

Pada hujung Oktober tahun lalu, bintang Manchester United berusia 37 tahun itu mendedahkan dalam ciapan di media sosial bahawa mereka akan dikurniakan bayi kembar.

Dalam satu ciapan di Twitter pada Isnin, Ronaldo mengesahkan kelahiran bayi perempuan tetapi kembarnya, bayi lelaki meninggal dunia.

“Dengan rasa sedih kami mengumumkan bahawa bayi lelaki telah meninggal dunia. Ia adalah kepiluan yang akan dirasai mana-mana ibu bapa.

“Hanya kelahiran bayi perempuan kami akan memberikan kekuatan untuk menjalani detik hidup dengan harapan dan kebahagiaan.

“Kami mahu mengucapkan ribuan terima kasih kepada doktor dan jururawat atas penjagaan rapi dan sokongan daripada pakar mereka.

“Kami sangat sedih atas kehilangan ini dan kami memohon privasi pada masa yang sangat sukar ini,” kata Ronaldo dan Rodriguez dalam kenyataan bersama.

Pasangan itu yang berkenalan ketika Ronaldo menyertai Real Madrid, mempunyai anak perempuan berusia empat tahun. Ronaldo turut mempunyai tiga anak lain.

“Penderitaan anda penderitaan kami. Semoga anda dan ahli keluarga tabah menghadapi situasi yang amat menyedihkan ini,” menurut satu kenyataan rasmi yang dikeluarkan United.