23 anak yatim, asnaf teruja beli baju raya bersama polis

Sebahagian daripada 23 anak-anak yatim sekitar daerah Kampar teruja dapat memiliki baju raya untuk digayakan pada Aidilfitri nanti.
Sebahagian daripada 23 anak-anak yatim sekitar daerah Kampar teruja dapat memiliki baju raya untuk digayakan pada Aidilfitri nanti.
A
A
A

GOPENG - Sambutan Aidilfitri tahun ini lebih bermakna bagi 23 anak yatim dan asnaf apabila dibawa polis membeli kelengkapan raya di sebuah pasar raya di Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Gopeng di sini pada Isnin.

Kesemua mereka berusia tiga tahun hingga 17 tahun itu diberi peluang untuk memilih baju raya sambil ditemani pegawai dan anggota daripada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kampar.

Ketua Polis Daerah Kampar, Superintendan Mohammad Nazri Daud berkata, kesibukan bertugas bukan penghalang untuk pasukannya menyantuni golongan yang kurang berkemampuan untuk meraikan kehadiran Syawal.

Salah seorang pegawai membantu memilih pakaian untuk tiga beradik daripada keluarga susah.
Salah seorang pegawai membantu memilih pakaian untuk tiga beradik daripada keluarga susah.

"Setiap balai akan mengenal pasti mereka yang benar-benar susah dan anak yatim di kawasan mereka sebagai salah satu tanggungjawab sosial korporat (CSR).

"Kami dapat membawa anak-anak ini ke pasar raya utama di daerah ini agar mereka dapat memilih sendiri baju raya mengikut warna dan saiz yang diinginkan untuk digayakan pada 1 Syawal nanti," katanya pada program Projek Tangan Bersalaman PDRM IPD Kampar di sini.

Menurutnya, inisiatif ini diharapkan dapat membawa keceriaan kepada mereka terutama kanak-kanak untuk menyambut Aidilfitri tidak lama lagi sama seperti keluarga lain.

Seramai 23 anak-anak yatim dan asnaf teruja memiliki baju raya pada program yang dianjurkan oleh IPD Kampar.
Seramai 23 anak-anak yatim dan asnaf teruja memiliki baju raya pada program yang dianjurkan oleh IPD Kampar.

"Ini merupakan program kedua dilaksanakan IPD Kampar selepas dua tahun terhenti akibat Covid-19 yang melanda negara.

"Sumbangan termasuk duit raya dan barang keperluan ini turut disumbang oleh sebuah syarikat swasta yang enggan dikenali, Pasaraya Mydin dan Persatuan Keselamatan Komuniti Kampar," katanya.