Basikal Klasik

No Image Caption
A
A
A
Nostalgia menunggang basikal tua ketika ke sekolah pada zaman remaja menyebabkan seorang warga emas mengambil keputusan untuk mengumpul koleksi basikal klasik berkenaan yang diperoleh hasil mencari dari seluruh negara.

Ahmad Fauzi Ismail, 61, berkata beliau mula membeli basikal-basikal klasik itu sejak tahun 90-an dan sehingga sekarang mempunyai lebih 40 buah basikal klasik yang kesemuanya masih boleh ditunggang dengan baik.

Kesemua basikal klasik yang dikumpulnya dikeluarkan sekitar 1940-an dan 60-an kebanyakannya berjenama Hercules dan Raleigh buatan England.

Beliau yang merupakan bekas pekerja kilang berkata beliau membeli basikal-basikal itu dari beberapa buah negeri termasuk Kelantan, Johor, Pahang dan Pulau Pinang. Ahmad Fauzi, berkata bagi memastikan basikal klasik dalam keadaan baik, beliau sentiasa membuat penyelenggaraan bagi memastikan semua kenderaan itu berada dalam keadaan baik. - Foto Bernama

Artikel Disyorkan
No Image Caption
GALERI

Kenderaan Transit Aliran Automatik

No Image Caption
GALERI

Jeram Pasu kering

No Image Caption
GALERI

Kraf Kelapa

No Image Caption
GALERI

Pemindahan Akaun Sejahtera ke Akaun Fleksibel