MAIK agih zakat, fidyah RM770,300

Tengku Mohamad Rizam (tiga dari kiri) menyampaikan sumbangan kepada penerima semasa majlis pengurniaan sumbangan zakat dan fidyah di Masjid Muhammadi pada Selasa.
Tengku Mohamad Rizam (tiga dari kiri) menyampaikan sumbangan kepada penerima semasa majlis pengurniaan sumbangan zakat dan fidyah di Masjid Muhammadi pada Selasa.
A
A
A

KOTA BHARU - Majlis Agama Islam Adat dan Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) mengagihkan sumbangan zakat dan fidyah berjumlah RM770,300 kepada golongan asnaf, fakir miskin dan anak yatim di pekarangan Masjid Muhammadi di sini pada Selasa.

Majlis pengurniaan sumbangan itu disempurnakan oleh Yang Dipertua MAIK, Tengku Temenggong Kelantan, Tan Sri Tengku Mohamad Rizam Tengku Abdul Aziz.

Hadir sama, Tengku Puan Temenggong Kelantan, Tunku Noor Hayati Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj.

Tengku Mohamad Rizam berkata, sumbangan itu melibatkan seramai 501 penerima.

"Daripada jumlah tersebut, seramai 100 penerima wang fidyah diberikan berjumlah RM500 setiap seorang.

"Selebihnya penerima zakat itu terdiri daripada asnaf Masjid Muhammadi, pelajar Maahad Muhammadi Perempuan, penerima Biasiswa Tengku Anis (BTS) MAIK dan penghuni Darul Aitam MAIK," katanya.

Beliau berkata, setiap penerima itu mendapat sumbangan berjumlah RM300.

"Pada masa sama, sebanyak RM580,000 wang zakat dan fidyah yang diinfakkan oleh pembayar kepada MAIK disalurkan menerusi 17 Masjid Bandar Jajahan.

"Sumbangan itu diagihkan oleh imam-iman dengan kadar segera," katanya.