Agong, Permaisuri zahir takziah kepada keluarga Che Mariam

Ucapan takziah yang dizahirkan Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah dikongsi di Facebook Istana Negara pada Selasa.
Ucapan takziah yang dizahirkan Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah dikongsi di Facebook Istana Negara pada Selasa.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga Che Mariam Abdullah iaitu bonda kepada Raja Muda Perak Raja Jaafar Raja Muda Musa yang kembali ke Rahmatullah pada Selasa.

Turut menzahirkan ucapan takziah ialah Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

"Seri Paduka berdua turut menzahirkan rasa sedih dengan pemergian Allahyarhamah dan menzahirkan harapan agar seluruh keluarga Allahyarhamah sabar serta tabah menghadapi dugaan serta suasana sedih dan pilu ini,” menurut catatan di Facebook Istana Negara.

Seri Paduka berdua juga mendoakan agar roh Allahyarhamah dicucuri rahmat oleh Allah SWT dan ditempatkan dalam kalangan mereka yang beriman. - Bernama

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!