[VIDEO] Polis terima laporan kes buli jalan raya

Rakaman video berkaitan kes buli jalanan yang tular di media sosial. (Gambar kecil: Shafa'aton Abu Bakar)
Rakaman video berkaitan kes buli jalanan yang tular di media sosial. (Gambar kecil: Shafa'aton Abu Bakar)
A
A
A

SUNGAI BULOH - Polis mengesahkan menerima laporan berkaitan kes buli jalanan yang tular melalui satu rakaman video pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh Superintendan Shafa'aton Abu Bakar berkata, video berdurasi 45 saat yang dimuat naik oleh seorang pemilik akaun Facebook.

"Individu berkenaan mendakwa suspek yang memandu sebuah kereta Perodua Alza berwarna putih telah melakukan buli jalanan dan melemparkan kata-kata kesat terhadap mangsa," katanya melalui kenyataan pada Isnin.

Shafa'aton berkata, kejadian berlaku di Jalan Kuala Selangor berhampiran MRT Sungai Buloh, Shah Alam pada jam 11 malam Sabtu.

"Kes di siasat di bawah Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955. Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkenaan kejadian ini boleh menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Sungai Buloh di talian 03-61561222 atau mana mana balai polis berhampiran," ujarnya.