Pendatang Yahudi ceroboh kompleks Al-Aqsa

Polis Israel memaksa umat Islam mengosongkan pekarangan masjid, bagi memberi keutamaan kepada pendatang Yahudi. - Foto 123RF
Polis Israel memaksa umat Islam mengosongkan pekarangan masjid, bagi memberi keutamaan kepada pendatang Yahudi. - Foto 123RF
A
A
A

BAITULMAQDIS - Beratus-ratus pendatang Yahudi menceroboh kompleks Masjid Al-Aqsa di Baitulmaqdis Timur pada Isnin, lapor Agensi Anadolu (AA) memetik agensi Palestin.

Menurut Jabatan Wakaf Islam di Baitulmaqdis, seramai 561 pendatang Yahudi membanjiri tapak itu sambil diberi perlindungan ketat oleh polis Israel.

Kumpulan pendatang itu melawat kompleks berkenaan selama kira-kira tiga jam setengah sebelum beredar.

Polis Israel memaksa umat Islam mengosongkan pekarangan masjid, bagi memberi keutamaan kepada pendatang Yahudi, menurut saksi.

Ketegangan memuncak di seluruh wilayah Palestin sejak tentera Israel menyerbu pekarangan Masjid Al-Aqsa pada Jumaat, lalu mencetuskan pertempuran dan mencederakan ratusan orang.

Pada Ahad, lebih 700 pendatang Yahudi menceroboh masuk ke kompleks itu untuk meraikan perayaan Passover selama seminggu. - Bernama

Artikel Berkaitan: