Bayern kini selangkah untuk bergelar juara Bundesliga

Pemain Bayern meraikan jaringan Gnabry yang membantu mereka menewaskan Arminia di Stadium Arminia, pada Ahad
Pemain Bayern meraikan jaringan Gnabry yang membantu mereka menewaskan Arminia di Stadium Arminia, pada Ahad
A
A
A

BAYERN Munich kini tinggal selangkah sahaja untuk menoktahkan kejuaraan Bundesliga musim ini selepas menewaskan Arminia 3-0 pada awal pagi tadi.

Pengendalinya, Julian Nagelsmann tidak sabar menentang Borussia Dortmund di laman sendiri pada minggu hadapan yang akan menjadi penentu kepada The Bavarians untuk menjuarai liga dengan lebih awal.

"Kami memang patut menang dan ia penting sebagai bekalan perlawanan getir menentang Dortmund di tempat sendiri.

"Situasi seperti ini tidak selalu berlaku. Jadi, kami tidak sabar untuk menentang Dortmund bagi memastikan kejuaraan liga milik kami," katanya.

Pada perlawanan tersebut, Bayern seperti bangkit daripada kekecewaan tersingkir di tangan Villarreal dalam Liga Juara-Juara (UCL) hasil jaringan Robert Lewandowski, Serge Gnabry dan Jamal Musiala untuk memastikan mereka mengutip tiga mata penuh.

Kemenangan itu sekali gus menyaksikan Bayern kini mempunyai kelebihan sembilan mata di depan Dortmund untuk menguasai puncak liga dengan baki empat perlawanan lagi selain berpeluang menjamin kejuaraan awal dengan kemenangan di Allianz Arena, pada Ahad depan.

Artikel Berkaitan: