Polis tahan lelaki curi kasut jiran

Rakaman kamera litar tertutup menunjukkan seorang lelaki dipercayai mencuri sepasang kasut milik jirannya di Kampung Tanjong Chenak, Pasir Mas pada Jumaat.
Rakaman kamera litar tertutup menunjukkan seorang lelaki dipercayai mencuri sepasang kasut milik jirannya di Kampung Tanjong Chenak, Pasir Mas pada Jumaat.
A
A
A

PASIR MAS - Polis menahan seorang lelaki kerana mencuri sepasang kasut milik jirannya di Kampung Tanjong Chenak di sini pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Mohd Nasaruddin M Nasir berkata, suspek berusia 29 tahun itu ditahan di sebuah rumah tidak bernombor di kampung berkenaan pada jam 12.45 tengah malam.

Menurutnya. ketika ditahan anggota bertugas telah membuat pemeriksaan ke atas tubuh badan suspek, namun tidak menemui apa-apa barangan yang menyalahi undang-undang negara.

"Hasil soal siasat, suspek mengaku telah mencuri sepasang kasut milik jirannya dan menunjukkan kasut berkenaan kepada anggota polis yang bertugas.

"Polis juga menyita sebuah motosikal jenis Honda C70 yang digunakan suspek dalam kegiatan tersebut," katanya kepada Sinar Harian di sini pada Sabtu.

Mohd Nasaruddin berkata, hasil semakan juga mendapati suspek mempunyai sembilan rekod jenayah lampau.

"Siasatan lanjut akan diteruskan sebaik sahaja tempoh reman diperoleh.

"Kes disiasat bawah Seksyen 397 Kanun Keseksaan," katanya.

Artikel Berkaitan: