Lelaki maut dalam kemalangan berhampiran Karangkraf

Kemalangan melibatkan dua kereta di Seksyen 15, berhampiran Kompleks Media Karangkraf.
Kemalangan melibatkan dua kereta di Seksyen 15, berhampiran Kompleks Media Karangkraf.
A
A
A

SHAH ALAM - [DIKEMASKINI] Seorang lelaki maut manakala seorang wanita parah dalam kejadian kemalangan melibatkan dua kereta di Persiaran Selangor arah Bulatan Kemajuan ke Bulatan Selangor, Seksyen 15, berhampiran Kompleks Media Karangkraf, di sini, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 5.15 petang tadi itu, pemandu Perodua Myvi, Peh Chin Ming, 19, maut di lokasi kejadian.

Manakala pemandu Perodua Bezza, Farah Amirah Sarifuddin, 24, parah dan dikejarkan ke Hospital Shah Alam untuk rawatan.

Menurut saksi, kenderaan yang dipandu lelaki itu merempuh kereta Perodua Bezza terbabit di lolasi kejadian sebelum melanggar sebatang pokok di tepi jalan.

Farah Amirah merupakan petugas Islamic Relief Malaysia (IRM).

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata, siasatan awal mendapati kedua-dua buah kenderaan datang dari arah yang sama.

"Polis masih menyiasat punca kemalangan. Kedua-dua kenderaan rosak teruk.

"Siasatan masih dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.

Artikel Berkaitan:

https://www.youtube.com/watch?v=os1ZS83GoV4
Play Icon