Frankfurt layak menang: Xavi

Xavi -Foto: AFP
Xavi -Foto: AFP
A
A
A

PENGENDALI Barcelona, Xavi mengakui pasukannya tidak bermain dengan baik ketika tewas 3-2 kepada Eintracht Frankfurt dalam aksi suku akhir kedua Liga Europa di Camp Nou awal pagi tadi.

Menurut Xavi, kesempatan tersebut digunakan sebaiknya oleh Frankfurt untuk mempamerkan aksi yang menakjubkan sekaligus berjaya mara ke peringkat separuh akhir dalam kejohanan tersebut.

“Walaupun kami berjaya menjaringkan dua gol pada perlawanan ini, namun pasukan tidak menyerang dengan cara yang terbaik. Malah kami juga tidak bermain dengan bagus seperti apa yang ditampilkan sebelum ini.

“Ia sangat mengecewakan kerana kami mempunyai harapan yang tinggi dan kami telah meletakkan segala-galanya di atas padang. Bagaimanapun nasib tidak menyebelahi kami kerana Frankfurt menang perlawanan ini

“Sudah tentu banyak yang perlu kami belajar daripada perlawanan ini. Ketika ini kami hanya boleh mengucapkan tahniah kepada Franfurt kerana mereka berhak untuk menang pada perlawanan ini,”katanya.

Pada perlawanan tersebut, pemain Serbia, Filip Kostic berjaya membuka tirai jaringan seawal minit keempat melalui sepakan penalti sebelum menambah satu lagi minit ke-67 hasil rembatan rendah selepas Rafael Borre meledak gol kedua Franfurt pada minit ke-36.

Barcelona yang menjadi pilihan selepas seri 1-1 pada aksi pertama di Jerman minggu lalu terlepas beberapa peluang sebelum menembusi gawang lawan pada minit akhir perlawanan menerusi rembatan Sergio Busquets dan penalti Memphis Depay.

Keputusan tersebut sekaligus menamatkan rentetan 15 perlawanan tanpa kalah Barcelona, yang merupakan tempoh paling lama dalam lima liga teratas Eropah musim ini.

Artikel Berkaitan: