Dua pusat hiburan tanpa lesen diserbu

16 individu ditahan dalam serbuan ke atas dua kelab malam yang terletak bersebelahan tersebut.
16 individu ditahan dalam serbuan ke atas dua kelab malam yang terletak bersebelahan tersebut.
A
A
A

PUCHONG - [DIKEMASKINI] Sebanyak dua buah kelab malam digempur serentak dalam Ops Noda/Ops Pusat Hiburan kerana beroperasi tanpa lesen dalam serbuan di Kompleks Prima, Jalan Kenari, Bandar Puchong Jaya di sini, awal pagi Khamis.

Tinjaun Sinar Harian di lokasi serbuan mendapati kedua-kedua premis tersebut penuh sesak dengan pengunjung yang sedang bersuka ria, malah segelintir dari mereka terus bergelak ketawa sambil menikmati minuman keras walaupun sudah diserbu pihak berkuasa.

Difahamkan, salah satu daripada kelab malam terbabit baru sahaja mengadakan upacara pembukaan rasmi sebelum diserbu sepasukan polis dari Bahagian Judi, Kongsi Gelap dan Maksiat (D7) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor.

Premis yang terletak bersebelahan itu, diserbu sekitar jam 12 tengah malam oleh 35 anggota dan tujuh orang pegawai dari D7 dibantu oleh bahagian D9 JSJ IPK Selangor dan pasukan dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang.

Sementara itu, Timbalan Ketua JSJ Selangor, Asisten Komisioner Ricky Tay Mah Long berkata, seramai 16 individu berusia dalam lingkungan 20 hingga 40 tahun ditahan atas pelbagai kesalahan.

"Serbuan dan tangkapan telah dilakukan di dua premis yang menjalankan perniagaan pusat hiburan tanpa lesen perniagaan yang sah.

"Individu yang ditahan termasuk dua orang pengurus premis, enam pekerja warga asing, dan lapan pengunjung yang memiliki tato berkaitan pertubuhan jenayah," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Beliau berkata, individu berkenaan ditahan untuk membantu siasatan di bawah Seksyen 6(1) Enakmen Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan Selangor 1995, Seksyen 6(1)(c) dan Seksyen 55(B) Akta Imigresen 1959/63 serta Seksyen 56 Akta Pertubuhan 1966.

Artikel Berkaitan: