'16 tahun diceroboh, siasat pencemaran Pantai Tanjung Tokong'

Struktur haram yang didakwa dibina di Pantai Tanjung Tokong.
Struktur haram yang didakwa dibina di Pantai Tanjung Tokong.
A
A
A

GEORGETOWN - Pertubuhan Lestari Alam Sekitar (Lestari) menggesa Jabatan Alam Sekitar menyiasat pencemaran sisa di Pantai Tanjung Tokong.

Lestari melalui kenyataan pada Rabu memaklumkan kebimbangan mereka terhadap pendudukan haram di rizab Pantai Tanjung Tokong.

Lestari mendakwa, ada laporan sebelum ini terdapat 78 struktur membabitkan rumah, inap desa dan perniagaan runcit di rizab pantai yang sepatutnya menjadi kawasan perlindungan.

"Tiada sistem kumbahan untuk menapis dan merawat air buangan dan air kotor mengalir ke laut.

"Kira-kira 100 penduduk membuang sisa dan bahan pencemar terus ke laut setiap hari selama 17 tahun lalu sejak rizab pantai itu mula diduduki secara haram," katanya kenyataan itu.

Lestari turut menyatakan kekecewaan mereka dan mendakwa Exco Kerajaan Negeri, Dr Norlela Ariffin mempertahankan pendudukan haram rizab pantai itu.

"Kami menggesa JAS menyiasat kawasan tersebut dan mengambil tindakan yang sewajarnya untuk menghentikan pencemaran laut.

"Kami juga menyeru Ketua Menteri dan Majlis Bandaraya Pulau Pinang turut mengambil serius perkara ini dan tidak memanjangkan kesan negatif alam sekitar kepada pantai dan laut," kata kenyataan berkenaan.

Artikel Berkaitan:

Lestari juga mencadangkan pihak berkuasa harus menyusun rancangan untuk memindahkan penduduk atas dasar kemanusiaan.

"Ia boleh dilakukan dengan menawarkan skim perumahan alternatif, unit mampu milik sewa untuk dimiliki dan pada masa sama bertegas untuk memulihkan rizab pantai terbabit," kata kenyataan berkenaan.