Leclerc intai peluang muncul juara dunia

Leclerc
Leclerc
A
A
A

PEMANDU Ferrari, Charles Leclerc mengintai peluang untuk menjadi pemandu Itali pertama yang muncul juara dunia setelah Kimi Raikkonen pada 2017 lalu.

Malah menurut Leclerc, kemenangan pada Grand Prix (GP) Australia minggu lalu, membuatkan dirinya semakin yakin untuk melakar lebih banyak kejayaan selepas ini.

“Secara keseluruhannya, kita baru sahaja mengharungi tiga perlumbaan dan masih terlalu awal serta sukar untuk kita memperkatakan mengenai kejuaraan.

“Namun secara jujur, kita memiliki jentera yang agak mantap dan boleh ‘dipercayai’ terutamanya daripada segi ketahanannya.

“Sebab itulah saya yakin untuk mengharungi perlumbaan akan datang berdasarkan kepada keadaan semasa jentera yang akan digunakan kelak,” katanya.

Leclerc kini mendahului pelumba lain dengan mengumpul 71 mata sejak muncul juara GP Bahrain, Arab Saudi (naib juara) dan terbaru muncul juara pada GP Australia.

Mengekori Leclerc, pelumba Red Bull yang juga juara dunia musim lalu, Max Verstappen dengan 46 mata diikuti pelumba Mercedes, Geoerge Russel dengan 34 mata.

Untuk rekod, Ferrari telah mendominasi siri kejuaraan dunia F1 sebanyak tujuh kali bersama pemandu lagenda, Michael Schumacher.

Artikel Berkaitan:

Mengulas lanjut, Leclerc berharap dia mampu untuk meneruskan kejayaannya pada perlumbaan akan datang.

“Saya juga mahu kejayaan ini berterusan kerana ia akan membuka peluang untuk kita (Ferrari) kembali mencabar untuk kejuaraan dunia kali ini,” katanya.