Sila log masuk terlebih dahulu.

Keceriaan terukir di wajah mereka

11 April 2022 | VIDEO
A
A
A
Destinasi pertama program Colours of Ramadhan 2022 bertempat di negeri Kedah. Empat buah keluarga yang kehilangan tunggak keluarga serta terkesan dengan wabak menjadi pilihan team redONE Foundation untuk disantuni ketika kunjungan selama dua hari ke negeri itu.

Perkongsian cerita mereka begitu menyentuh hati dan dengan kesempatan yang ada, sedikit bantuan dan keceriaan diberikan kepada mereka seisi keluarga.

Antara aktiviti yang dijalankan adalah membantu membersihkan rumah, membeli barang keperluan Ramadhan serta berbuka puasa bersama team redONE dan artis jemputan. Mereka juga menerima sumbangan makanan Iftar, hadiah cenderahati serta sumbangan wang dan duit Raya kepada semua wakil keluarga.

Selamat menonton

#redONEFOUNDATION #SinarHarian #redONEMemangBest #ColoursofRamadhan #COR2022 #CSR #KitaSupport #RakanNiaga #HulurkanTanganRingankanBeban #BantuanSosial #Bantuan #KerjaAmal #Malaysia