Tiga lelaki terlibat penipuan dalam talian diberkas

Serbuan dijalankan sepasukan anggota dan pegawai polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Komersil IPD Dang Wangi bersama anggota RCJ di sebuah premis di Jalan Cendana Kampung Barudi.
Serbuan dijalankan sepasukan anggota dan pegawai polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Komersil IPD Dang Wangi bersama anggota RCJ di sebuah premis di Jalan Cendana Kampung Barudi.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Tiga lelaki diberkas dipercayai terlibat dalam kegiatan penipuan dalam talian menerusi serbuan di sebuah premis di Jalan Cendana Kampung Baru di sini pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata, serbuan dijalankan sepasukan anggota da pegawai polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Komersil IPD Dang Wangi bersama anggota Ronda Cegah Jenayah (RCJ) Balai Polis Dang Wangi kira-kira jam 2.50 petang.

"Serbuan dijalankan berjaya memberkas tiga lelaki tempatan berumur antara 19 hingga 23 tahun dipercayai terlibat dalam kegiatan penipuan dalam talian.

"Selain itu, polis turut merampas pelbagai barangan dan peralatan antaranya komputer, telefon bimbit dan modem dipercayai digunakan untuk menjalankan kegiatan tersebut," katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Antara peralatan yang dirampas menerusi serbuan di sebuah premis di Jalan Cendana Kampung Baru di sini pada Sabtu.
Antara peralatan yang dirampas menerusi serbuan di sebuah premis di Jalan Cendana Kampung Baru di sini pada Sabtu.

Katanya, siasatan dijalankan mendapati kegiatan penipuan ini beroperasi selama sebulan.

"Kegiatan penipuan dalam talian ini dipercayai menyasarkan mangsa daripada warga tempatan dan asing.

"Kesemua suspek yang diberkas dipercayai berperanan sebagai pegawai khidmat pelanggan dengan mendapatkan mangsa melalui aplikasi TikTok sebelum menyerahkan butiran mangsa kepada sindiket lain bagi tujuan penipuan," katanya.

Artikel Berkaitan:

Menurutnya, kesemua suspek telah direman tiga hari untuk siasatan lanjut dan kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.