Kian Meng-Pei Jing juara Terbuka Korea 2022

Kian Meng-Pei Jing gembira muncul juara Terbuka Korea 2022. - Foto Badminton Photo
Kian Meng-Pei Jing gembira muncul juara Terbuka Korea 2022. - Foto Badminton Photo
A
A
A

PASANGAN beregu campuran profesional negara, Tan Kian Meng dan Lai Pei Jing kini melakar sejarah tersendiri apabila muncul juara Terbuka Korea 2022 dengan menewaskan pasangan tuan rumah, Ko Sung-hyun dan Eom Hye-won, di Stadium Palma, pagi tadi.

Kian Meng-Pei Jing yang juga pasangan ranking ke-10 dunia, menewaskan beregu senior Korea itu 21-15, 21-18 dalam tempoh 50 minit bagi merangkul kejuaraan pertama bagi siri Jelajah Dunia Super 500 tahun ini.

Untuk rekod, ini merupakan kali ketiga Kian Meng-Pei Jing bertemu Sung-hyun dan Hye-won selepas berentap dalam saingan Terbuka Denmark 2021 dan Indonesia Masters 2020.

Kemenangan itu turut melebarkan rekod kemenangan Kian Meng-Pei Jing ke atas Sung-hyun dan Hye-won di pentas antarabangsa yang menyaksikan beregu negara menang ketiga-tiga pertemuan sebelum ini.

Kali terakhir Kian Meng-Pei Jing melakar kejayaan di pentas antarabangsa adalah pada Far East Masters 2017 lalu dengan menewaskan pasangan beregu senegara, Goh Soon Huat-Shevon Lai.

Artikel Berkaitan: