Bas jatuh gaung: Seorang warga Thailand maut

Bas terbabas dalam gaung di KM228.3 Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Bukit Gantang, semalam.
Bas terbabas dalam gaung di KM228.3 Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Bukit Gantang, semalam.
A
A
A

TAIPING - Seorang penumpang wanita warga Thailand maut manakala 20 terselamat dalam kejadian bas terbabas dalam gaung di KM228.3 Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Bukit Gantang, semalam.

Dalam kejadian jam 6.45 petang itu, Jaroen Muangkhot, 60, yang beralamat di Hatyai, Thailand, maut akibat dihempap bas tersebut.

Bomba mengambil masa hampir lima jam untuk mengeluarkan mayat mangsa selepas dua kren digunakan untuk mengalihkan kenderaan itu.

Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Osman Mamat berkata, kemalangan itu turut melibatkan sebuah kereta Proton Iswara yang dipandu wanita berusia 40 tahun.

“Siasatan awal mendapati bas yang membawa 20 penumpang itu dalam perjalanan dari Hatyai menuju ke Singapura.

“Kemalangan dipercayai berlaku apabila kedua-dua kenderaan yang terlibat bergesel sebelum bas tersebut hilang kawalan lalu terbabas ke bahu jalan seterusnya terbalik ke dalam gaung,” katanya.

Menurutnya, akibat kemalangan itu, seorang penumpang maut, 5 penumpang cedera dan pemandu 14 penumpang terselamat.

“Mayat wanita terbabit dibawa ke Hospital Taiping untuk bedah siasat.

Artikel Berkaitan:

“Wanita yang memandu kereta terbabit telah ditahan dan permohonan reman dilakukan hari ini bagi memboleh siasatan dilakukan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.