Pegawai kanan polis maut kemalangan

Kenderaan dipandu mangsa selepas terlibat kemalangan di Lebuh Raya Baharu Lembah Klang pada Jumaat.
Kenderaan dipandu mangsa selepas terlibat kemalangan di Lebuh Raya Baharu Lembah Klang pada Jumaat.
A
A
A

SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Seorang pegawai kanan Polis Diraja Malaysia (PDRM) berpangkat Asisten Superintendan maut dalam kemalangan di kilometer (KM) 6.7 Lebuh Raya Baharu Lembah Klang, arah Klang di sini pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, kenderaan dipandu mangsa, Asisten Superintendan Gan Chee Liang, 39, dipercayai hilang kawalan sejurus tiba di lokasi kejadian sekitar jam 12.30 tengah malam.

"Kejadian berlaku apabila mangsa yang datang dari arah Kuala Lumpur menghala Klang dipercayai telah hilang kawalan, lalu terbabas ke sebelah kiri jalan.

"Mangsa mengalami kecederaan telah dibawa ke Hospital Shah Alam oleh pihak ambulans dan meninggal dunia semasa menerima rawatan.

"Mangsa merupakan pegawai kanan polis berpangkat Asisten Superintenden Polis yang berkhidmat di Maktab PDRM Cheras," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Sehubungan itu, Mohd Iqbal meminta saksi kejadian supaya tampil ke balai berdekatan atau menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik, Inspektor Muhammad Hasrul Suhiami di talian 011 31215697.

Beliau berkata, kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Artikel Berkaitan: