RUU Anti Lompat Parti perlu disegerakan

Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah
Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah
A
A
A

SHAH ALAM - Barisan Nasional (BN) kekal dengan pendirian mahu Rang Undang-undang (RUU) Anti Lompat Parti segera dilaksanakan.

Pengarah Komunikasi BN, Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata, ini kerana hak rakyat perlu dipertahankan.

"Pendirian UMNO jelas. RUU Anti Lompat Parti mesti disegerakan kerana UMNO mahu pertahankan hak rakyat.

"Justeru apabila rakyat memilih wakil mereka melalui pilihan raya, wakil yang dipilih dan menang mesti memegang amanah rakyat dan parti.

"Mereka tidak boleh bertindak melompat parti sesuka hati kerana rakyat dan parti yang menyebabkan mereka menang dalam pilihan raya," katanya menerusi hantaran di Facebook pada Jumaat.

Beliau yang juga Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO berkata, sekiranya terdapat wakil rakyat yang 'lompat', rakyat dan parti berhak menghukum mereka.

"Mandat mesti diserahkan kembali kepada parti dan rakyat.

"Kerana rakyat dan partilah yang menyebabkan mereka boleh bergelar wakil rakyat. Justeru jangan bertangguh berkaitan RUU Anti Lompat Parti," katanya.

Artikel Berkaitan: