Jin Wei kecundang di suku akhir Terbuka Korea

Antara aksi Jin Wei pada perlawanan suku akhir menentang Gaeun di kejohanan Terbuka Korea 2022.
Antara aksi Jin Wei pada perlawanan suku akhir menentang Gaeun di kejohanan Terbuka Korea 2022.
A
A
A

HASRAT pemain perseorangan wanita profesional, Goh Jin Wei untuk mara ke peringkat separuh akhir dalam saingan Terbuka Korea 2022 tidak kesampaian apabila tumbang kepada pemain tuan rumah, Kim Gaeun.

Jin Wei yang menghuni ranking ke-128 dunia terpaksa akur tewas straight set 15-21, 18-21 kepada Kim yang menduduki ranking ke-20 dunia dalam tempoh masa 35 minit.

Sebelum itu, pemain perseorangan lelaki negara, Ng Tze Yong turut mengalami nasib yang sama apabila tumpas kepada pemain China, Weng Hongyang.

Pemain berusia 21 tahun yang menghuni ranking ke-45 dunia itu tewas 11-21, 12-21 dalam tempoh masa hampir 40 minit.

Selain Jin Wei dan Tze Yong, turut gagal mara ke separuh akhir adalah pasangan beregu campuran baharu, Ong Yew Sin dan Goh Liu Ying yang tewas kepada pasangan tuan rumah, Kim Wonho-Jeong Na Eun 14-21, 23-21, 16-21.

Bagaimanapun, situasi berbeza dialami pasangan beregu campuran profesional negara, Tan Kian Meng dan Lai Pei Jing yang berjaya mara ke pusingan separuh akhir kejohanan tersebut.

Kian Meng-Pei Jing yang menghuni ranking ke-10 dunia berjaya menumbangkan Ou Xuanyi dan Huang Yaqiong yang merupakan pilihan kelima kejohanan secara straight set 21-18, 21-17 dalam tempoh hampir 40 minit permainan.

Menanti pasangan itu di separuh akhir ialah beregu Indonesia merangkap pilihan keenam, Rinov Rivaldy dan Pita Haningtyas Mentari yang menewaskan lawan mereka di suku akhir dari Jepun, Horoki Modorikawa-Natsu Saito 15-21, 21-18, 21-16.

Artikel Berkaitan: