Pesakit terjatuh dari tingkat satu di HRPZ II

Seorang pesakit lelaki berusia 66 tahun dilaporkan terjatuh dari tingkat satu di bangunan Pusat Rawatan Harian (ACC) Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), Kota Bharu pada Khamis. - Foto ihsan pembaca

A
A
A

KOTA BHARU - Seorang pesakit lelaki berusia 66 tahun dilaporkan terjatuh dari tingkat satu di bangunan Pusat Rawatan Harian (ACC) Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) di sini pada Khamis.

Kejadian jam 10.40 pagi itu berlaku semasa warga emas tersebut sedang mendapatkan rawatan di premis berkenaan.

Susulan kejadian itu, mangsa telah dibawa ke Jabatan Kecemasan dan Trauma HRPZ II untuk mendapatkan rawatan.

Sementara itu Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK), Datuk Zaini Husin ketika dihubungi Sinar Harian mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu.

“Untuk makluman pesakit berkenaan sedang dirawat di HRPZ II.

“JKNK memandang serius insiden berkenaan dan pihak pengurusan HRPZ II sedang menjalankan siasatan dan mengambil langkah-langkah yang sewajarnya bagi mengelakkan insiden berulang,” katanya.

Artikel Berkaitan: