252,730 pengembara direkod keluar masuk Malaysia

Imigresen merekodkan seramai 252,730 pengembara masuk dan keluar melalui pintu-pintu masuk utama negara sejak 1 April hingga 4 April lalu.
Imigresen merekodkan seramai 252,730 pengembara masuk dan keluar melalui pintu-pintu masuk utama negara sejak 1 April hingga 4 April lalu.
A
A
A

PUTRAJAYA - Jabatan Imigresen Malaysia (Imigresen) merekodkan seramai 252,730 pengembara masuk dan keluar melalui pintu-pintu masuk utama negara sejak 1 April hingga 4 April lalu.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud berkata, jumlah pergerakan masuk dan keluar itu susulan pembukaan sempadan negara sejak 1 April lalu.

"Pergerakan itu direkodkan di pintu udara dan darat negara termasuk Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan KLIA 2, Bangunan Sultan Iskandar (BSI) dan Kompleks Sultan Abu Bakar di Johor, Padang Besar di Perlis, Bukit Kayu Hitam di Kedah," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Khairul Dzaimee berkata, berdasarkan jumlah tersebut, seramai 126,392 (ketibaan) dan 28,301 (berlepas) adalah warga tempatan, manakala 55,121 (ketibaan) dan 42,916 (berlepas) adalah pengembara warga asing.

“Lima negara yang merekodkan jumlah pelawat tertinggi adalah Singapura (65,165), Thailand (7,841), Indonesia (5,173), India (2,477) dan United Kingdom (1,485),” katanya.

Beliau berkata, pergerakan warga asing tertinggi dicatatkan di BSI (160,818), KLIA (38,407), Kompleks Sultan Abu Bakar (Link Kedua) (53,113), KLIA 2 (11,712) dan Bukit Kayu Hitam (6,980).

"Selain itu, pengeluaran Pasport Malaysia Antarabangsa juga mencatatkan peningkatan yang mendadak iaitu 12,923 naskhah pasport dalam tempoh sama," ujarnya.

Khairul Dzaimee memaklumkan pihaknya menjangkakan jumlah pengeluaran Pasport Malaysia Antarabangsa akan terus meningkat berikutan orang awam memanfaatkan pembukaan sempadan bagi tujuan melancong keluar negara dan mengerjakan ibadah umrah.

Artikel Berkaitan:

"Berdasarkan statistik terdapat peningkatan yang ketara berbanding sebelum sempadan negara dibuka. Pergerakan keluar masuk warga asing mencatatkan peningkatan sebanyak 76.4 peratus, manakala pengeluaran pasport merekodkan peningkatan sebanyak 38.2 peratus berbanding tempoh yang sama pada Mac lalu," katanya.