Negeri Sembilan, Selangor kongsi mata di Paroi

Antara aksi menarik perlawanan Selangor menentang Negeri Sembilan dalam aksi Liga Super di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, pada Selasa.
Antara aksi menarik perlawanan Selangor menentang Negeri Sembilan dalam aksi Liga Super di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, pada Selasa.
A
A
A

HASRAT pendatang baharu Liga Super, Negeri Sembilan FC untuk meneruskan rentak kemenangan dalam musim pertama di saingan tertinggi bola sepak negara tidak kesampaian apabila terikat 2-2 menentang Selangor FC di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, pada Selasa.

Selangor terlebih dahulu mendahului selepas tonggak Negeri Sembilan, Nasrullah Haniff Johan tertampan hantaran pemain The Red Giants ke gawang sendiri pada minit ke-35.

The Red Giants kemudian terus mendahului selepas Herlison Caion de Sousa Ferreira menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-50 babak kedua perlawanan.

Negeri Sembilan kemudian memperoleh momentum kebangkitan selepas turut dihadiahkan sepakan penalti yang disempurnakan Herold Goulon pada minit ke-58 sebelum gol penyamaan dijaringkan Evanonye Kossi Adetu pada minit ke-76 menjadikan kedudukan terikat.

Artikel Berkaitan: