Fahmi sedang urus tarikh, masa debat: Anwar

Anwar
Anwar
A
A
A

SHAH ALAM - [DIKEMASKINI] Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan bahawa pihaknya sedang menyelaras dan memperincikan tarikh serta masa untuk mengadakan debat khas bersama bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkaitan persoalan negara dan isu kewangan Sapura Energy Berhad (SEB).

Ahli Parlimen Port Dickson itu berkata, beliau telah meminta Ahli Parlimen Lembah Pantai Fahmi Fadzil untuk menguruskan perkara tersebut.

“Beliau (Fahmi) juga diminta berbincang dengan pihak media berkaitan liputan penganjuran debat tersebut yang bagi saya harus disiarkan secara meluas,” katanya menerusi satu hantaran di Facebooknya, pada Selasa.

Pada Isnin, Anwar menyatakan kesediaannya untuk berdepan dan berdebat dengan Najib mengenai isu kewangan SEB yang merupakan syarikat perkhidmatan medan minyak bersepadu Malaysia.

Kenyataan itu dibuat selepas Najib dilaporkan berkata, bahawa beliau bersedia untuk menerima cabaran debat daripada Rafizi namun ia perlu turut melibatkan Anwar selaku Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Susulan itu, Sinar Harian tampil secara terbuka menyatakan kesediaan untuk menjadi platform kepada acara debat tersebut.

Rafizi juga menyatakan persetujuan sekiranya Sinar Harian menjadi penganjur utama kepada program debat tersebut yang berkaitan dengan isu kewajaran untuk menyelamatkan SEB.

Artikel Berkaitan: