Malaysia perlu konsisten setiap perlawanan

Oltmans (tengah) pada sidang media petang tadi.
Oltmans (tengah) pada sidang media petang tadi.
A
A
A

IPOH - “Malaysia perlu konsisten,”

Itu reaksi ketua jurulatih hoki negara Roelant Oltmans bagi mengulas persiapan skuad negara pada Kejohanan Hoki Piala Sultan Azlan Shah yang bermula 23 hingga 30 Mac ini.

Katanya, tempoh persiapan bagi skuad bimbingannya itu agak singkat namun sekiranya pemain mampu kekal konsisten pada setiap perlawanan, Malaysia berpeluang mencatat kejayaan.

“Dalam tempoh persiapan yang singkat ini, apa yang penting adalah semua pemain perlu kekal konsisten.

“Jika mereka berjaya kekal konsisten, peluang agak cerah untuk mara lebih jauh pada kejohanan kali ini,” katanya pada sidang media petang tadi.

Difahamkan, Malaysia berpeluang mara hingga ke final bagi kejohanan edisi ke-28 kali in apabila bakal berdepan India, Kanada, Poland, Jepun dan Korea Selatan.

Tumpuan sudah pastinya terarah kepada Jepun, lawan yang mengecewakan Malaysia 3-1 pada temasya Sukan Asia menerusi pukulan penalti pada final Sukan Asia Jakarta-Palembang 2018 di Stadium Hoki Gelora Bung Karno.

Kekalahan berkenaan sekali gus menafikan hajat skuad negara untuk layak secara automatik ke Sukan Olimpik Tokyo 2020.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, Oltmans berkata, pihaknya hanya akan dapat menentukan formasi terbaik pasukan setelah menyaksikan aksi sulung berdepan Poland, esok.

“Kita sering bekerja untuk meningkatkan lagi kualiti pemain kita dan berdasarkan kapasiti pemain baharulah kita akan dapat tentukan formasi terbaik pasukan,” katanya.