PKR alih lima papan tanda halang pemandangan

Papan tanda PKR yang didakwa menghalang pemandangan pengguna jalan raya yang ingin masuk ke simpang jalan di Simpang Lima, Sungai Besar.
Papan tanda PKR yang didakwa menghalang pemandangan pengguna jalan raya yang ingin masuk ke simpang jalan di Simpang Lima, Sungai Besar.
A
A
A

SUNGAI BESAR - PKR Cabang Sungai Besar sudah mengalihkan lima papan tanda parti itu di simpang jalan yang didakwa menghalang pemandangan pengguna jalan raya.

Ketuanya, Azhar Achil berkata, lima papan tanda itu ialah di Simpang Lima, Sungai Haji Dorani, Sungai Leman, Parit 9 Pasir Panjang dan Sungai Limau.

Menurutnya, pihaknya turut mendapat pandangan daripada pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) berhubung perkara tersebut.

"JKR memberi pandangan pemasangan papan tanda mestilah dibuat tidak menghalang 'sight distance' (jarak penglihatan) pemandu," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Azhar berkata, pihaknya memohon maaf atas isu itu dan pemasangan semula papan tanda itu akan dilakukan di tempat sesuai dalam waktu terdekat.

"Kita akan memastikan pemasangan papan tanda ini di kawasan yang betul dan tidak menyulitkan pengguna jalan raya lain," jelasnya.

Sebelum ini, tular di Facebook berhubung kekecewaan pengguna jalan raya di Simpang Lima berikutan papan tanda PKR menghalang pemandangan bagi mereka yang ingin keluar masuk ke simpang jalan.

Rata-rata mereka meminta papan tanda itu segera dialihkan ke tempat sesuai dan selamat bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini.

Artikel Berkaitan: