[VIDEO] Kelantan 'belanja' air percuma sepanjang Ramadan

Kelantan memperuntukkan RM3 juta untuk bekalan air percuma sepanjang bulan Ramadan dengan penggunaan tidak melebihi RM30.
Kelantan memperuntukkan RM3 juta untuk bekalan air percuma sepanjang bulan Ramadan dengan penggunaan tidak melebihi RM30.
A
A
A

KOTA BHARU - Kerajaan Kelantan memperuntukkan RM3 juta untuk bekalan air percuma kepada rakyat negeri ini sepanjang bulan Ramadan.

Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob berkata, bekalan percuma itu melibatkan pengguna akaun Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) yang menggunakan perkhidmatan tidak lebih RM30.

"Ia melibatkan 146,600 akaun pengguna," katanya ketika membuat pengumuman pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan pada Khamis.

Persidangan DUN Kelantan ke-14 penggal kelima yang bermula Isnin lalu ditangguh pada Khamis kepada tarikh yang akan diberitahu kelak.

@sinarharianonline Wah rezeki jangan ditolak! #fyp#TikTokNews#TrendingNewsMalaysia#AirKelantan#Ramadan#BuletinTikTok original sound - Sinar Harian

Artikel Berkaitan: