Ardern terima ugutan bunuh di media sosial

Perdana Menteri Jacinda Ardern menerima ugutan bunuh. - Foto AFP
Perdana Menteri Jacinda Ardern menerima ugutan bunuh. - Foto AFP
A
A
A

WELLINGTON - NEW ZEALAND. Polis New Zealand dilapor menyiasat ugutan bunuh yang dihantar kepada Perdana Menteri Jacinda Ardern menerusi media sosial.

Laporan New Zealand Herald menyebut, status di laman Twitter yang memaparkan gambar sepucuk pistol beserta kapsyen 'awak seterusnya' yang dihantar kepada Ardern telah dimuat naik lebih dari 48 jam sebelum akaun Twitter terbabit disekat susulan laporan oleh pengguna lain.

Satu lagi status berasingan yang ditujukan kepada perdana menteri New Zealand itu dan juga pasukan polis turut mempunyai gambar dan kapsyen yang sama.

Akaun Twitter yang disekat itu dikatakan mempunyai kandungan berbaur anti Islam dan ucapan pelampau kulit putih.

Terdahulu, platform media sosial dikecam hebat kerana 'membenarkan' rakaman langsung serangan masjid Al Noor di Christchurch dimuat naik dan dikongsi. - NZ HERALD

Artikel Berkaitan: