Pagar Muzium Istana Diraja rosak dihempap pokok

Pokok tumbang mengakibatkan pagar tembok batu Muzium Istana Diraja dan dua buah kenderaan rosak.
Pokok tumbang mengakibatkan pagar tembok batu Muzium Istana Diraja dan dua buah kenderaan rosak.
A
A
A

KUALA LUMPUR – Pagar tembok batu Muzium Istana Diraja dan dua buah kenderaan rosak akibat dihempap sebatang pokok yang tumbang susulan angin kuat dan hujan lebat di Jalan Syed Putra di sini pada Selasa.

Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan II Omar Chekku berkata, Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur menerima panggilan kecemasan pada jam 4.06 petang.

"Seramai enam anggota bomba bersama sebuah jentera FRT dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Hang Tuah pergi ke lokasi kejadian.

"Sebaik tiba, kita mendapati pokok tumbang menghempap pagar tembok batu Muzium Istana Diraja serta dua buah kenderaan iaitu Toyota Vellfire dan Honda BRV,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Omar berkata, dua mangsa yang berada di dalam kenderaan berkenaan tidak mengalami kecederaan dan telah selamat keluar dengan sendirinya.

"Kejadian pokok tumbang itu turut menghalang laluan di Jalan Syed Putra dan menyebabkan kesesakan lalu lintas.

“Pihak Bomba dengan dibantu petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur melakukan kerja memotong, mengalihkan dan membersihkan pokok yang tumbang,” katanya.

Artikel Berkaitan: