Deftech, UPNM kerjasama RnD automotif, UAV

Fazley
Fazley
A
A
A

KUALA LUMPUR - DRB-HICOM Defence Technologies Sdn Bhd (Deftech) dan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) bekerjasama dalam penyelidikan dan pembangunan (RnD).

Kerjasama itu dimeterai menerusi memorandum persefahaman (MoU) yang ditandatangani kedua-dua pihak sempena Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) 2022 dan Pameran Keselamatan Kebangsaan Asia (Nastec) di sini pada Selasa.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Deftech, Fazley Ariffin berkata, penekanan akan diberikan kepada RnD sektor automotif dan pembangunan sistem dron kenderaan udara tanpa pemandu (UAV).

“Kami berharap perkongsian pintar bersama UPNM dapat membangunkan bakat tempatan serta memajukan teknologi,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Deftech diwakili oleh Ketua Pegawai Operasi, Leftenan Jeneral, Datuk Hanafiah Jaafar manakala UPNM diwakili Naib Canselornya, Leftenan Jeneral Datuk Hasagaya Abdullah.

Mengulas lanjut Fazley berkata, usahasama antara Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) berjaya menyumbang kepada pembangunan UAV taktikal ciptaan tempatan pertama.

"Deftech berharap dapat mencontohi dan mengembangkan kejayaan bersama entiti penyelidikan tempatan dengan membuka laluan baharu yang menarik bersama UPNM," ujarnya.

Artikel Berkaitan: