108 pengunjung pusat hiburan dikompaun

Seramai 108 pengunjung pusat hiburan dikompaun kerana disyaki langgar SOP PPN 4.
Seramai 108 pengunjung pusat hiburan dikompaun kerana disyaki langgar SOP PPN 4.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Seramai 108 pengunjung sebuah pusat hiburan di Cheras Business Centre dikompaun RM1,000 setiap seorang kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa 4 pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Muhammad Idzam Jaafar berkata, sepasukan pegawai dan anggota polis telah membuat pemeriksaan di pusat hiburan itu pada jam 12.15 tengah malam.

"Kita juga telah membuat tangkapan terhadap seorang lelaki tempatan dan dua lelaki warga asing berusia 26 hingga 42 tahun atas kesalahan menjalankan perniagaan tanpa lesen yang sah, menjual minuman keras tanpa lesen yang sah dan bekerja tanpa permit yang sah," katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Muhammad Idzam berkata, pihaknya turut merampas peralatan hiburan seperti sebuah amplifier, satu unit pembesar suara, dua mikrofon dan lima botol minuman keras pelbagai jenama.

"Kita mengeluarkan kompaun mengikut Peraturan 17(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) (PPN) 2021," katanya.

Beliau berkaitan, kes disiasat di bawah Seksyen 4(1)(b) Akta Hiburan Wilayah Persekutuan 1992, Seskyen 76 Akta Eksais 1976, Seksyen 55B Akta Imigresen 1959/63 dan Seksyen 6(1)(c) akta yang sama.

Artikel Berkaitan: