Rokok seludup bernilai RM219,000 dilupus

Sisa pelupusan dibuang di tapak pelupusan sampah Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) di Belara, Kuala Nerus. (Gambar kecil: Muhammad Suffi (kiri) melakukan proses pelupusan melibatkan 330,000 batang rokok seludup yang dirampas pada Ogos tahun lalu.)

A
A
A

KUALA TERENGGANU - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Terengganu melupuskan 330,000 batang rokok seludup dengan nilai keseluruhan RM219,000.

Pengarah Maritim Terengganu, Kepten Maritim Muhammad Suffi Mohd Ramli berkata, rokok yang dirampas pada Ogos tahun lalu itu dilupuskan di Ibu Pejabat Maritim Negeri Terengganu pada Isnin.

"Proses pelupusan rokok rampasan ini dilakukan kerana barangan itu tidak bercukai serta tiada pemilik.

"Proses ini dijalankan menggunakan mesin pengisar dan sisa pelupusan dibuang di tapak pelupusan sampah Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) di Belara, Kuala Nerus.

Pegawai penyaksi pelupusan turut berada di lokasi berkenaan," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Menurut Muhammad Suffi, pemantauan berterusan akan dijalankan dari semasa ke semasa untuk mengekang perkara itu daripada berleluasa.

"Maritim Negeri Terengganu sentiasa melakukan pemantauan bagi mengekang aktiviti penyeludupan bersama agensi keselamatan lain," katanya.

Artikel Berkaitan: