Jacinda sekali lagi lawat Nazril Hisham

Jacinda meluangkan masa melawat Nazril Hisham, Zurina Mohi di Hospital Christchurch, New Zealand. Foto ihsan: Rahasnan Abdul Rashid.

A
A
A

CHRISTCHURCH - NEW ZEALAND. Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern sempat meluangkan masa melawat Nazril Hisham Omar di Hospital Christchurch, pagi tadi (waktu tempatan).

Abangnya, Rahasnan Abdul Rashid, 57, berkata, Jacinda meluangkan masa beberapa minit bertanyakan khabar kepada Nazril Hisham dan juga keluarganya.

Perdana menteri negara Oceania itu sebelum ini pernah melawat rakyat Malaysia tersebut namun sebelum ini keadaan bapa kepada empat anak itu tidak begitu stabil.

Jacinda meluangkan masa melawat Nazril Hisham, Zurina Mohi di Hospital Christchurch, New Zealand. Foto ihsan: Rahasnan Abdul Rashid.
Jacinda meluangkan masa melawat Nazril Hisham, Zurina Mohi di Hospital Christchurch, New Zealand. Foto ihsan: Rahasnan Abdul Rashid.

Semalam, Sinar Harian melaporkan, Anak sulung kepada Nazril Hisham, Mohd Haiqal Daniel, 20, memaklumkan ayahnya yang sedang dirawat di Hospital Christchurch, New Zealand, nampak semakin ceria berbanding kelmarin.

Menerusi mesej Whatsapp kepada Sinar Harian, Mohd Haiqal menyatakan ayahnya mungkin akan pulih dalam masa terdekat.

“Alhamdulillah dia nampak lagi ceria hari ini. InsyaALLAH dalam masa terdekat dia boleh start rehab,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Jacinda meluangkan masa melawat Nazril Hisham, Zurina Mohi di Hospital Christchurch, New Zealand. Foto ihsan: Rahasnan Abdul Rashid.
Jacinda meluangkan masa melawat Nazril Hisham, Zurina Mohi di Hospital Christchurch, New Zealand. Foto ihsan: Rahasnan Abdul Rashid.

Sebelum ini, media melaporkan Nazril Hisham akan menjalani satu lagi pembedahan bagi merawat kecederaan bahagian kaki dan belakangnya.

Kakak mangsa, Rosimah Abd Rashid, 56, berkata sebelumnya Nazril Hisham telah dua kali menjalani pembedahan sejak dimasukkan ke Hospital Christchurch.