Sembilan pemancing selamat, bot karam di Tawau

 Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah.
Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah.
A
A
A

TAWAU - Sembilan pemancing berdepan detik cemas apabila bot dinaiki mereka karam di perairan Tinagat dekat sini pagi tadi, sebelum diselamatkan kru kapal dagang yang melalui kawasan itu, hari ini.

Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah dalam kenyataan pada Ahad memaklumkan, mangsa yang kesemua lelaki itu kemudian mendapat bantuan daripada Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) sebelum membawa mangsa ke pos kawalan.

Mangsa terlibat ialah Daniel E Mercado, 41; Marcel Maning, 30; Mohamed Fadle Talib, 40; Alfred Wollin, 40; Johan Hamid, 30; Selamat Hempeng, 51; Lionel Kimjuat Singgang, 35; Abduramzee Abdurahim, 32; dan Mohd Nazir Izuan Ahmaf, 41.

Kenyataan itu menyatakan pihak bomba menerima panggilan kecemasan melalui MERS 999 pada jam 8.33 pagi Ahad mengenai sebuah bot yang dinaiki sembilan lelaki hampir karam di perairan Tinagat di sini.

Susulan itu, pihak bomba menjalankan operasi mencari dan menyelamat di kawasan pesisiran pantai Kampung Tinagat, melibatkan jentera serta enam anggota.

Kenyataan itu menyatakan operasi mencari dan menyelamat yang turut melibatkan APMM termasuk Agensi Pertahanan Awam itu, ditamatkan pada jam 4.30 petang Ahad. - Bernama

Artikel Berkaitan: