974 KRT berdaftar tidak aktif di seluruh negara: Halimah

Halimah berucap pada Majlis Penyampaian Geran Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Komuniti Sejahtera Keluarga Malaysia peringkat negeri Johor di Kompleks Sukan Komuniti Felda Lok Heng Kota Tinggi pada Sabtu. - Foto Bernama
Halimah berucap pada Majlis Penyampaian Geran Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Komuniti Sejahtera Keluarga Malaysia peringkat negeri Johor di Kompleks Sukan Komuniti Felda Lok Heng Kota Tinggi pada Sabtu. - Foto Bernama
A
A
A

ALOR SETAR - [DIKEMAS KINI] Kementerian Perpaduan Negara mengesan 974 daripada 8,330 Kawasan Rukun Tetangga (KRT) yang berdaftar di seluruh negara yang tidak aktif memainkan peranan di kawasan masing-masing.

Menterinya Datuk Halimah Mohamed Sadique bagaimana pun berkata, kerajaan tidak berhasrat membatalkan pendaftaran KRT yang tidak aktif itu, sebaliknya akan berusaha mengaktifkan semula peranannya.

"KRT yang tidak aktif kita tak batal pendaftarannya, tetapi kita buat pendekatan dengan membuat pemilihan pengerusi baharu dan ahli jawatankuasa (AJK) baharu supaya komuniti setempat kembali aktif.

"Pengerusi dan AJK ini bukanlah menteri atau Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) yang tentukan, tetapi pemilihan dibuat komuniti setempat, jadi pegawai perpaduan daerah yang bertanggungjawab perlu memberi kesedaran kepada komuniti setempat berkenaan perkara itu,” katanya pada sidang media selepas Majlis Penyampaian Geran KRT Komuniti Sejahtera, Keluarga Malaysia peringkat Negeri Kedah dan Perlis 2022 di sini pada Sabtu.

Katanya, jika pengerusi dan AJK KRT tidak dapat berfungsi dengan baik, JPNIN perlu mengambil tindakan untuk mengadakan pemilihan baharu agar KRT berkenaan dapat memainkan peranan yang sewajarnya.

Halimah berkata, sesuatu KRT ditubuhkan dengan melibatkan kira-kira 1,000 buah rumah bagi memberi khidmat kepada komuniti setempat dan AJK yang menguruskannya perlu melibatkan semua kaum yang ada di kawasan itu.

Beliau berkata, KRT perlu sentiasa aktif menjalankan tanggungjawabnya bukan sahaja dalam menjalankan program-program tertentu tetapi untuk menyelesaikan pelbagai isu dalam sesuatu komuniti dan mengelakkan isu tersebut menular menjadi lebih besar.

"Jadi kalau KRT mendengar ada benda ‘kecil’ yang boleh menjadi besar, yang boleh menjejaskan masyarakat setempat, maka fungsi KRT ini akan menyelesaikan masalah... supaya tidak berlaku perpecahan, perbalahan dalam satu-satu kawasan KRT,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Pada majlis itu 474 KRT daripada 502 yang aktif di negeri ini menerima geran berjumlah RM2.8 juta juta manakala 138 KRT yang aktif di Perlis menerima geran berjumlah RM828,000. - Bernama