Risau berat cecah 102kg, Zul Ariffin gigih bersenam...

DEK kerana terlalu sibuk bekerja dan tidak mengamalkan gaya pemakanan sihat, berat badan pelakon pujaan ramai, Zul Ariffin meningkat mencecah 102 kilogram.
Zul menerusi perkongsiannya di Instagram (IG) berkata, dia kini berusaha mendapatkan semula berat badan ideal dengan menjalani rutin senaman.
Pelakon J Revolusi itu mengakui, rutin yang dilakukan bukan semata-mata kerana mahu beraksi di layar perak, tetapi juga demi menjaga kesihatan diri.
"Setahun lalu, saya hanya menumpukan fokus kepada kerjaya dan tidak menghiraukan soal pemakanan. Tidur juga tidak betul dan saya tidak lagi ke gimnasium.
“Tiada siapa yang perlu disalahkan, kecuali diri sendiri. Semua tabiat negatif itu sudah dihentikan dan saya kini kembali menjalani rutin senaman setiap hari,” katanya.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
- Iklan -Penggambaran filem, drama dalam studio dibenarkan
12 Mei 2021 01:20pmPek NJOI HD terbaharu tawarkan pengalaman tontonan terhebat
05 Mei 2021 10:25amNora perjelas gosip kahwin dengan Annuar Musa
29 April 2021 03:20pmWanita Asia menang Pengarah Filem Terbaik Oscar
26 April 2021 01:55pmWanita maut tergelincir dari puncak air terjun ketika bersantai bersama rakan
17 Oktober 2026 12:50pmNik Nazmi akui individu ditahan JAIS, mohon maaf
17 Oktober 2026 11:06amDua lelaki, seorang wanita dicekup khalwat di hotel
17 Oktober 2026 09:25amMayat bayi tanpa kepala, satu tangan ditemukan dalam longkang belakang rumah
16 Oktober 2026 10:07pm- Iklan -- Iklan -
