Sudah cukup sudah, biar mahkamah tentukan

Mohd Sumali - Foto Bernama
Mohd Sumali - Foto Bernama
A
A
A

PERSATUAN Sepaktakraw Malaysia (PSM) menyatakan rasa kecewa pendekatan Persekutuan Sepaktakraw Asia (ASTAF) dan Persekutuan Sepaktakraw Antarabangsa (ISTAF) yang disifatkan tidak mahu menyambut usaha damai dianjurkan kepimpinan baharu badan induk sepak takraw tersebut.

Malah Presiden PSM, Datuk Mohd Sumali Reduan juga menegaskan terkilan apabila ASTAF dan ISTAF tidak memberi ruang langsung kepada entiti tersebut mengadakan pertemuan dan berbincang mencari penyelesaian mengakhiri kemelut yang berlarutan itu.

“Sebelum ini Presiden ASTAF, Datuk Abdul Halim Kader memaklumkan kepada saya, PSM harus mengemukakan permohonan menjadi ahli gabungan baharu ASTAF step by step bukan surat rayuan.

PSM akur dan hantar surat permohonan baharu, sehinggalah saya menyelesaikan denda yang dikenakan ASTAF sebelum ini. Namun semuanya indah khabar dari rupa apabila usaha kami sengaja beri harapan untuk tujuan-tujuan tertentu.

“Jadi biarlah mereka dengan cara dan keputusan yang mereka rasakan betul, namun PSM juga ada pandangan dan pendirian dalam isu ini. Ingin saya tegaskan saya tidak akan biarkan PSM ditindas dan dizalimi. Saya bukan pertahankan diri sebaliknya pertahankan maruah PSM,” ujarnya pada Khamis.

Dakwa Mohd Sumali yang juga Presiden Persatuan Sepak Takraw Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (PERSEWIP), walaupun ASTAF dan ISTAF merupakan entiti yang berbeza, namun diurus tadbir dilakukan orang yang sama.

“Sudah pastilah PSM akan dapat keputusan yang sama. Ini sememangnya telah jangka, dan saya hanya mengikut proses sebelum kita ambil tindakan selanjutnya

“Peguam yang PSM lantik telah membuat kerja mereka dan akan mengikut proses seterusnya untuk mencabar keputusan Pesuruhjaya Sukan (PJS). Surat kepada PJS pun sudah kita hantar sebelum ini.

Artikel Berkaitan:

“PSM tidak akan membuang masa lagi untuk berbincang isu ini. Full stop. Biar mahkamah menentukan. Fokus PSM sekarang membangunkan sepak takraw di akar umbi selain memantapkan persediaan dalam kalangan pemain bagi menghadapi Sukan SEA dan Sukan Asia tahun ini,” ujarnya.