Rusia akan guna senjata nuklear jika terancam

Dmitry Peskov - Foto AFP
Dmitry Peskov - Foto AFP
A
A
A

WASHINGTON - Rusia hanya akan menggunakan senjata nuklear dalam konteks konflik Ukraine jika kewujudannya terancam, kata jurucakap Kremlin, Dmitry Peskov kepada CNN International pada Selasa.

"Kami mempunyai konsep keselamatan dalam negeri. Anda boleh membaca semua alasan senjata nuklear digunakan," kata Peskov.

"Justeru, jika itu adalah ancaman eksistensial bagi negara kita, maka itu dapat digunakan sesuai dengan konsep kita," ujarnya.

Komen Peskov dibuat ketika pengancara, Christiane Amanpour bertanya sama ada beliau yakin bahawa Presiden Rusia, Vladimir Putin tidak akan menggunakan pilihan nuklear dalam perang di Ukraine.

Beberapa hari setelah tentera Rusia menyerang Ukraine, pada 28 Februari lalu, Putin menyatakan bahawa beliau telah mengingatkan tentang kekuatan nuklear strategik negaranya.

Dalam pada itu, ketika ditanya mengenai jawapan Peskov dan sikap nuklear Rusia secara lebih meluas, jurucakap Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat (AS) atau Pentagon, John Kirby menyatakan bahawa kenyataan Moscow mengenai potensi penggunaan senjata nuklear itu sebagai berbahaya. - Agensi

Artikel Berkaitan: