Pesawat bawa 133 penumpang terhempas di China

Kebakaran turut tercetus di kawasan gunung setelah pesawat itu terhempas di daerah Teng berhampiran Wuzhou di wilayah Guangxi. - Foto Agensi
Kebakaran turut tercetus di kawasan gunung setelah pesawat itu terhempas di daerah Teng berhampiran Wuzhou di wilayah Guangxi. - Foto Agensi
A
A
A

BEIJING - [DIKEMAS KINI] Sebuah pesawat penumpang, China Eastern yang membawa 132 penumpang dilaporkan terhempas di barat daya China dan turut mencetuskan kebakaran di kawasan gunung, lapor stesen CCTV pada Isnin.

"Nahas Boeing 737 itu berlaku di kawasan luar bandar di daerah Teng berhampiran Wuzhou di wilayah Guangxi.

"Jumlah sebenar kematian masih tidak diketahui, namun pasukan penyelamat telah dikerah ke lokasi kejadian," jelas laporan itu lagi.

Sementara itu, biro pengurusan kecemasan wilayah memaklumkan pesawat MU5735 tersebut tidak tiba di destinasi yang dijadualkan di Guangzhou selepas ia berlepas dari bandar Kunming pada jam 1 tengah hari (waktu tempatan). - AFP

Artikel Berkaitan: